Gambar di atas menunjukkan nilai matawang dollar berlandaskan emas dan perak.
Kita merindui kegemilangan emas & perak yang menjadi tambatan matawang dunia mulai
1717 dan tambatan itu telah menjadi bebas pada tahun 1944 dengan kemunculan fiat
currency berpaksi dolar Amerika. Tetapi dolar Amerika semakin goyah kedudukannya.
Paling nyata emas tiada tukar ganti sebagai pemangkin simpanan dan pelaburan sesuai
anjuran Rasulullah saw 1400 dahulu.
Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda: “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh
digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM
(perak).” {Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal}
Saya tunjukkan kepada anda, graf kenaikan harga emas. Harga emas telah meningkat dengan kadar 258% dalam tempuh lima tahun (2007- 2011) atau 58% setahun.
Rajah menunjukkan naik turun harga emas dari tahun 2001 – 2011
Berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada USD1900.30/Oz.
Ini adalah kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60% setahun!
Sumber: http://www.kitco.com
Betapa besarnya potensi pelaburan emas. Tetapi perkara ini tidak didedahkan dengan meluas kepada umum. Mereka yang tahu hanya diamkan diri kerana tak nak orang lain tahu. Menjadi tanggungjawab saya supaya ilmu ekonomi Islam ini dapat dikongsi dan DIBONGKAR!!!
Sahabat internet yang dihormati,
Mengapa Emas lebih bernilai dari perak? ASB? FD? Stock? Wang Kertas? Forex?
Jawapannya adalah:
Emas vs Perak = Emas lebih stabil, boleh dicagar dan tempoh keuntungan lebih singkat. Perak walaupun jauh lebih murah dan kadar kenaikannya lebih tinggi tetapi apabila harga emas menurun, harga perak menurun lebih jauh menyebabkan tempoh keuntungan lebih panjang berbanding emas.
Emas vs ASB,Fd,Stock & Wang Kertas = Emas adalah matawang sebenar yang diiktiraf Allah & Rasul sedangkan selainnya hanyalah ciptaan manusia yang sudah melepaskan diri dari nilai emas.
Emas Fizikal vs Forex trading = Tiada "Margin Call" dan emas tetap di tangan anda!
“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai dalamannya kosong.”
-Voltaire, Ahli Falsafah Perancis
0 comments:
Post a Comment