Sunday, April 8, 2012
Tawaran Special Bulan April
Promosi Khas dari Saya untuk Bulan APRIl sahaja Sesiapa yang membeli emas dengan saya dengan pembelian satu resit RM5000 keatas .Saya akan memberi Ebook Kunci Kekayaan EMAS secara percuma tetapi terhad..Siapa Cepat Dia dapat..http://emas4ujutawan.blogspot.com or hubungi 013-9574410..
Nota Penting: Bagi saudara/ri yang belum pernah beli emas, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least sekeping syiling 1 dinar. Kalian hanya akan faham harga emas tinggi atau rendah bila dah buat belian pertama sebab dengan cara tu, baru kalian ada benchmark tersendiri.
Thursday, April 5, 2012
Wednesday, April 4, 2012
FAKTA: Emas & Perak Adalah Matawang Sebenar!
Gambar di atas menunjukkan nilai matawang dollar berlandaskan emas dan perak.
Kita merindui kegemilangan emas & perak yang menjadi tambatan matawang dunia mulai
1717 dan tambatan itu telah menjadi bebas pada tahun 1944 dengan kemunculan fiat
currency berpaksi dolar Amerika. Tetapi dolar Amerika semakin goyah kedudukannya.
Paling nyata emas tiada tukar ganti sebagai pemangkin simpanan dan pelaburan sesuai
anjuran Rasulullah saw 1400 dahulu.
Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda: “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh
digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM
(perak).” {Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal}
Saya tunjukkan kepada anda, graf kenaikan harga emas. Harga emas telah meningkat dengan kadar 258% dalam tempuh lima tahun (2007- 2011) atau 58% setahun.
Rajah menunjukkan naik turun harga emas dari tahun 2001 – 2011
Berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada USD1900.30/Oz.
Ini adalah kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60% setahun!
Sumber: http://www.kitco.com
Betapa besarnya potensi pelaburan emas. Tetapi perkara ini tidak didedahkan dengan meluas kepada umum. Mereka yang tahu hanya diamkan diri kerana tak nak orang lain tahu. Menjadi tanggungjawab saya supaya ilmu ekonomi Islam ini dapat dikongsi dan DIBONGKAR!!!
Sahabat internet yang dihormati,
Mengapa Emas lebih bernilai dari perak? ASB? FD? Stock? Wang Kertas? Forex?
Jawapannya adalah:
Emas vs Perak = Emas lebih stabil, boleh dicagar dan tempoh keuntungan lebih singkat. Perak walaupun jauh lebih murah dan kadar kenaikannya lebih tinggi tetapi apabila harga emas menurun, harga perak menurun lebih jauh menyebabkan tempoh keuntungan lebih panjang berbanding emas.
Emas vs ASB,Fd,Stock & Wang Kertas = Emas adalah matawang sebenar yang diiktiraf Allah & Rasul sedangkan selainnya hanyalah ciptaan manusia yang sudah melepaskan diri dari nilai emas.
Emas Fizikal vs Forex trading = Tiada "Margin Call" dan emas tetap di tangan anda!
“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai dalamannya kosong.”
-Voltaire, Ahli Falsafah Perancis
Tuesday, April 3, 2012
Pelaburan Emas Dapat Sambutan
KEPERCAYAAN terhadap kemampuan diri sendiri serta keyakinan tinggi adalah kunci kejayaan dua pengedar skim pelaburan emas - Wan Mohd Muslim Wan Abdul Wahab dan Ahmad Azman Baruti. Bermula dengan niat ingin mencuba setelah melihat kejayaan abangnya, serta bagi menambah pendapatan keluarga, Wan Mohd Muslim, 29, menceburi program pelaburan emas melalui peluang disediakan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold).
Pengedar sah yang berasal dari Terengganu itu, berkata beliau mula menyertai Public Gold pada Oktober 2009 dan sebulan selepas itu, beliau dipanggil oleh pihak syarikat untuk menjadi 'master dealer'.
Wan Mohd Muslim berkata, impiannya ingin menjadi jutawan dengan pelaburan RM32,000, mula menampakkan hasil melalui beli dan simpan dalam tempoh hanya beberapa bulan, mampu menghasilkan RM4,000 sebulan.
"Dulu pendapatan sekadar cukup makan, kini mencapai empat angka dan jika berusaha dengan lebih gigih lagi tidak mustahil boleh mencecah lima dan enam angka.
"Belajar ilmu pelaburan emas adalah amat bagus kerana pendapatan yang saya peroleh meningkat 70 peratus berbanding pendapatan biasa sebagai kakitangan kerajaan," katanya.
Beliau memilih pelaburan emas Public Gold adalah kerana harga yang ditawarkan mengikut pasaran dunia dan susut nilainya paling rendah berbanding di kedai emas yang lain.
"Berbanding dengan pelaburan wang, nilai susutnya setiap hari tetapi pelaburan emas menguntungkan kerana nilainya meningkat setiap hari," katanya.
Bagi merealisasikan impiannya menjadi pengedar berjaya, beliau akan sentiasa menggunakan blog untuk memberikan maklumat terkini mengenai pelaburan emas.
Sementara itu, bagi Ahmad, 33, dari Selangor, segalanya bermula pada bulan 2009 apabila beliau membeli emas keluaran Public Gold emas selepas diperkenalkan peluang pelaburan itu dan tiga bulan kemudian, dilantik menjadi pengedar emas.
Beliau memilih untuk menjadi pengedar emas adalah kerana ingin mencari dan melakukan satu pelaburan yang selamat dan senang.
Pemilihan untuk menceburi bidang itu juga kerana ingin menyedarkan orang ramai mengenai emas, selain memotivasikan diri sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang itu dan kini berjaya memperoleh pendapatan lebih RM4,000 sebulan.
Beliau memilih untuk menyertai Public Gold juga adalah disebabkan sistem dan cara pelanggan berurusan sangat mudah, stok mudah didapati dan urus niaganya adalah selama 24 jam sehari.
Setakat ini beliau berjaya memperoleh sebanyak 25 pengedar sah di Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau sentiasa berjumpa dengan pengedarnya dalam rangkaiannya bagi memberi segala tip dan berita terkini dengan mengadakan seminar.
"Lebih banyak pelaburan emas dilakukan, lebih banyak keuntungan yang diperoleh. Anda tidak perlu lokek atau kedekut untuk menjelaskan mengenai teknik pelaburan emas kepada mereka yang berminat melabur," katanya.
Mahu jadi seperti mereka seperti petikan berita diatas....
* P/S: Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi dengan melayari laman http://emas4ujutawan.blogspot.com/ atau hubungi talian 013-9574410