Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, May 22, 2012

5 Tahun Sebelum Ini 1 Dinar ialah RM243

Banyak orang mengetahui mengenai dinar emas tetapi berapa ramai pula yang yakin kewujudannya sebagai satu lagi alternatif pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik.

Selain bebas daripada unsur-unsur riba, dinar emas ternyata mampu dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.

Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.

Menurut Pengarah Urusan KPMJ Gold Sdn. Bhd. Ariff Kassim, mungkin kerana pelaburan atau urus niaga menggunakan dinar emas ini masih baru di negara ini, menyebabkan ramai yang kurang berpengetahuan mengenainya.

“Ia (pelaburan dan urus niaga menggunakan dinar emas) sebenarnya telah bermula di Malaysia dan pulangan kepada mereka yang menyertainya amat kompetitif.

“Sebagai contoh… enam bulan lepas, satu dinar emas dijual pada harga RM212 dan harga semasa bagi satu dinar ialah RM243. Bayangkan keuntungannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di Johor Bahru baru-baru ini.

KPMJ Gold ialah anak syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang dilantik sebagai wakala (ejen) IGD Practice Sdn. Bhd. untuk mengembangkan penggunaan dinar emas dalam masyarakat di Johor dan Singapura.

Satu dinar ialah bersamaan 4.25 gram emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua.

Pada masa ini, dinar emas dijual dalam pecahan setengah dinar, satu dinar, dua dinar dan 20 dinar mengikut harga emas di pasaran semasa.

Menurut Ariff, melabur atau membuat urus niaga dengan dinar menepati keperluan syariah dalam usaha mewujudkan satu sistem ekonomi tanpa riba.

Jika kita beli saham, kita sebenarnya membeli `kertas’ dengan nilai tertentu berbanding membeli dinar, kita sebenarnya membeli emas yang sebenar,” katanya.

Di Malaysia, tambah beliau, memang ada pelbagai kaedah pelaburan dan dinar emas adalah satu daripada instrumen pelaburan yang seharusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Jika sebelum ini ramai yang membuka akaun simpanan tetap, akaun simpanan atau melabur di mana-mana saham amanah, kini mengapa tidak mencuba melabur melalui dinar emas sebagai satu lagi opsyen, tanya beliau.

“Infrastruktur untuk menjalankan urus niaga dinar emas kini telah wujud dan mengapa ia tidak dimanfaatkan kerana terbukti ia memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat,” jelas beliau.

Sejak lima tahun lalu, katanya, harga emas di pasaran antarabangsa telah meningkat 49 peratus.

Mengenai kaedah urus niaga dan pelaburan yang dikendalikan oleh KPMJ Gold, beliau menjelaskan, mereka yang melabur boleh membeli dinar emas pada harga semasa dan menjualnya semula apabila berpendapat telah meraih keuntungan.

“Emas (dinar) yang dibeli boleh dibawa balik untuk dijadikan simpanan peribadi atau membuka akaun dan menyimpannya dengan KPMJ Gold.

“Akaun dengan kami boleh diakses 24 jam sehari melalui Internet dan kami tidak mengenakan sebarang kos tambahan untuk menyimpan dengan selamat dinar emas para pelanggan,” jelas beliau.

Selain pelaburan berbentuk simpanan itu, Ariff berkata, dinar emas itu juga boleh dilaburkan di bawah skim Qiradh – satu skim pelaburan Islam yang berasaskan konsep al-mudharabah.

Qiradh menawarkan pulangan antara lapan hingga 11 peratus setahun – berdasarkan nilai dinar emas ketika pelaburan dibuat dan jumlah dinar yang dilaburkan.

Keuntungan yang diperoleh dibayar secara bulanan, mulai bulan pertama tanpa perlu menunggu tempoh matang (setahun).

Sejak KPMJ Gold dilantik menjadi wakala Februari lalu, katanya, sambutan terhadap pelaburan menggunakan dinar emas ini menggalakkan.

Bagaimanapun, banyak lagi yang akan dilakukan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai peluang meraih pulangan melalui dinar emas.

“Kita menyasarkan untuk mencatatkan perolehan lebih RM20 juta dalam tahun pertama operasi dan berharap lebih banyak yang mengetahui manfaat melabur dalam dinar emas akan berurusan dengan kami,” katanya.

Mereka yang berminat bagaimanapun perlu benar-benar memahami kaedah pelaburan dan pengiraan keuntungan pelaburan dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang komitmen.- 19/04/2005-Arkib Utusan Malaysia Oleh Zaharuddin Md Ali (Wartawan Utusan)

No related posts.

Monday, May 14, 2012

BILA MASA SESUAI MEMBELI MENJUAL EMAS DAN FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS



Harga emas di pasaran dunia ada naik dan turun. Jadi bilakah masa sesuai untuk membeli emas? Kalau ditanya pada sesiapa pun, bila nak beli emas? Kebarangkalian yang akan mereka jawab ialah bila dah ada duit atau ketika harga emas rendah.

Sebenarnya masa sesuai untuk membeli emas ialah masa sekarang juga pada harga emas rendah, iaitu pada graf harga rendah daripada harga tinggi,jangan tunggu terus beli emas. Jika emas turun lagi beli emas sedikit demi sedikit iaitu guna teknik pemurataan kerana kita tidak tahu bilakah masa harga emas akan turun. Sila lihat sejarah graf kenaikan harga emas di www.kitco.com

Sekarang harga emas adalah rendah kerana krisis matawang euro, jadi masa yang amat sesuai membeli emas adalah sekarang juga. Adakalanya saya pelik, apabila harga emas naik,iklan di akhbar dan berita emas panas,pada masa itulah ramai yang ingin membeli emas,walaupun harga emas tinggi. Jadi beli emas sekarang masa harga rendah, emas adalah selamat dan akan sentiasa naik atau untung….gerenti beli emas tidak akan rugi…

Namun begitu kita boleh meramal harga akan turun atau naik berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Jadi kita kena rajin menganalisa, mendengar berita atau membaca internet berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas ini jika kita pantau akan membolehkan kita meramal harga emas akan turun atau naik dan seterusnya dapat tahu bila masa sesuai untuk membeli atau menjual emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas adalah :

FAKTOR PERTAMA : PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIA

Permintaan emas adalah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar emas dunia dan permintaan emas termasuk import atau eksport emas. Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia.

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia

Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.

Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.


FAKTOR KEDUA : KEADAAN EKONOMI DUNIA


Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas iaitu harga emas akan turun. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.

FAKTOR KETIGA : HARGA DOLLAR U.S

Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga Dollar amerika semakin jatuh harga emas akan naik dan sebaliknya. Untuk itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti negara u.s. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .

FAKTOR KEEMPAT : HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA

Dollar U.S sentiasa berlawan dengan dollar euro. Jika harga euro rendah, harga dollar us akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas. Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujukwww.forex.com.

KESIMPULAN :

Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Ini menyebabkan harga emas adalah stabil dan selamat berbanding komoditi lain atau pelaburan lain. Contoh, jika berlaku krisis ekonomi atau penurunan wang euro, akan menyebabkan harga emas akan turun. Bila harga emas rendah permintaan emas akan tinggi kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan harga emas. Jadi adalah pelaburan yang terselamat kerana emas adalah kalis inflasi.

Jadi berdasarkan fakjtor-faktor di atas kita akan dapat membua akan naik atau turun seterusnya akan dapat masa yang sesuai untuk membeli atau menjual emas. Apa yang boleh saya bantu di sini ialah, saya akan SMS kan kepada para pelanggan Emas4Ujutawan / dealer / sesiapa sahaja yang ingin membeli emas atau menjadi dealer public gold dengan saya ketika harganya rendah sikit. Untuk dapatkan harga terbaik atau terendah, hubungi segera atau SMS Ahmad, 013-9574410. Insyaallah saya laksanakan amanah tersebut sebaiknya