Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)
Beli emas Public Gold semudah beli tiket
“Air Asia” kata seorang customer saya. Walaupun tak jumpa dealer
sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam
sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam
tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.
Tapi kalau nak urusan lebih mudah,
contact saya (013-9574410) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda
percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu (1) nama penuh, (2)
no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan
(6) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold
terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public
Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.
Kalau tak dapat contact dealer untuk
lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni.
Tapi kalau pernah berdaftar dengan Public Gold (i.e. pernah beli atau
jual terus di office Public Gold), ikut steps dalam artikel “
Cara Login Website Public Gold“.
4 Langkah Membeli Emas Public Gold
Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas
Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Skrin #2: Klik butang “Register”.
Skrin #3:
Masukkan maklumat peribadi. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer
anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up
dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak saya jadi introducer anda,
letakkan kod “
PG019644“, dan tekan “Check Introducer”. Pastikan keluar nama
Ton Ahmad Zulani“.
Peringatan penting, introducer tak boleh ditukar kalau dah register
nanti. So, lebih baik anda kenal pasti betul-betul dealer mana yang
boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab sebelum
letak nama introducer.
Skrin #4: Buka email anda, copy “Security Code” dan klik “activation link”.
Skrin #5: Sekarang ni proses “Registration” dan selesai. Buka balik website
www.publicgold.com.my dan klik “Login”.
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Skrin #6: Masukkan temporary “Username” dan “Password” yang dihantar ke email anda sebagaimana tertera di Skrin #4.
Skrin #7: Klik “Order”, dan “Place Order”.
Skrin #8: Masukkan bilangan item yang nak dibeli.
Skrin #9: Pilih “Full
Payment” di bahagian “Payment Option” kalau anda buat belian tunai, atau
pilih “Easy Payment” kalau nak beli secara ansuran (4 kali bayar/ 4
bulan). Belian Easy Payment dikenakan caj 0.5% (sekali sahaja) atas
jumlah keseluruhan belian. Lengkapkan segala maklumat diperlukan dan
klik “Check Out”.
Skrin #10: Semak segala maklumat diberikan. Pastikan semua maklumat betul
sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public
Gold mungkin agak menyulitkan. Kalau semua dah ok, klik “Confirm Order”.
Proses lock harga selesai….
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #3.1: Tunggu Sales Order
Lepas klik “Confirm Order” di Skrin #10, sistem web Public Gold akan emailkan Booking Order (BO) on-the-spot. Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Booking Order tu atau tunggu sehingga anda terima email Sales Order (SO)
seperti di bawah. Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu
dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, bagi tahu dealer untuk minta Public Gold buat pembetulan.
Contoh Sales Order (Invoice): Maklumat terpenting ialah no. Sales Order PM2-006523 dan A/C Code PG002369 (Kod Dealer/ Kod Customer PG) untuk rujukan.
Langkah #3.2: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran
Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 1 hari bekerja (atau selewatnya 4 hari).
Pastikan anda simpan bank-in slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik.
Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran
original.
Contoh Slip Bayaran:
Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u (limit harian RM10,000,
kalau RM15,000 kena buat 2 kali bayaran), ataupun bank-in di kaunter
kalau amaun melebihi RM10,000.
Peringat penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine!
Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error
masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit,
anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!… (“,)
Lepas buat bayaran, terus
emailkan bukti bayaran kepada
payment@publicgold.com.my untuk
mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak
diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), anda boleh dikenakan
penalti ataupun nama di blacklist.
Langkah #4 : Ambil Emas
Lepas selesaikan bayaran, anda boleh ambil emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1.0% setahun. Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Tapi kena call dulu office Public Gold,
bagi no. Sales Order untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum,
dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu
lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.
Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak dapat ambik lagi.
Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (
www.publicgold.com.my), bahagian “
Contact Us > Branch Details“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.
Itu sahaja 4 langkah lock dan beli emas
Public Gold tanpa menunggu Dealer. Moga kita semua kaya dan berjaya
dalam pelaburan emas, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Ton Ahmad Zulani
Kod Dealer: PG0019644
(013-39574410)
Kuala berang